UPM telah menetapkan lapan matlamat untuk merealisasikan wawasannya. Setiap matlamat berikut mempunyai objektif khusus, iaitu dalam bentuk yang boleh diukur pencapaiannya. Pencapaian setiap objektif bergantung kepada pelaksanaan strategi dan pelan tindakan masing-masing. Kelapan-lapan matlamat tersebut adalah seperti berikut:

  • Melahirkan graduat yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju melalui pembelajaran yang berterusan.

  • Menjadikan UPM sebagai sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang penyelidikan.

  • Meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian dan biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.

  • Memantapkan sistem pengurusan berkualiti yang cekap dan berkesan, telus dan mesra pelanggan.

  • Membangunkan sumber manusia serta persekitaran profesional yang cemerlang.

  • Membudayakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melalui e-Universiti.

  • Menjana dan mengurus sumber kewangan universiti secara cekap dan berkesan.

  • Meningkatkan kedudukan UPM sebagai Pusat Perkhidmatan Pembangunan Profesional dan Pendidikan Lanjutan.


Hak Cipta 2003 Terpelihara.