Pusat
Sukan yang dahulunya dikenali sebagai Unit
Sukan merupakan sebuah unit dalam Bahagian Hal
Ehwal Pelajar, yang berfungsi sebagai
penggerak dan penyelaras segala program serta
aktiviti sukan di Universiti Putra Malaysia.
Ia diketuai oleh Ketua Pusat Sukan, Tuan
Haji Hamzah bin Ismail. Apabila
pertambahan pelajar meningkat dari setahun ke
setahun, maka peranan dan tanggungjawab Pusat
Sukan juga turut bertambah.
Pada
tahun 1989, buat permulaannya nama Unit Sukan
telah ditukar kepada Pusat Sukan tetapi fungsi
dan matlamatnya tidak berubah iaitu masih
sebagai penggerak dalam menjalankan program
serta aktiviti sukan ke arah pembentukan
sahsiah serta personaliti terpuji pelajar
setanding dengan status pelajar institusi
pengajian tinggi.
Pusat
Sukan juga bertanggungjawab mengurus dan
menyelaras perkhidmatan kemudahan-kemudahan
sukan yang ada seperti Kompleks Sukan dan
Dewan Serbaguna, Astaka Sukan, Kompleks Renang,
Kompleks Tenis dan Padang serta Gelanggang
Permainan yang juga disewakan kepada
pengguna-pengguna luar.
Tanggal
12 Februari 2001, Stadium UPM secara
rasminya telah diserahkan kepada Pusat Sukan.
Bangunan ini telah dirasmikan oleh Timbalan
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah
Haji Ahmad Badawi pada 22 Februari 2001.
Pusat
Sukan,
Lebuh Silikon,
Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang, Selangor.
pusatsukan@upm.edu.my
|