Membantu dalam pembentukan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing melalui aktiviti-aktiviti sukan:

  • Menyediakan peluang-peluang untuk mempamerkan kemahiran sukan dengan menganjurkan pertandingan sukan peringkat kolegiat serta peluang menyertai pertandingan peringkat SUkan Universiti Malaysia (SUKMAS), Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA), Sukan Universiti Dunia dan pertandingan-pertandingan jemputan di luar universiti.

  • Memajukan perkembangan personaliti serta kecergasan fizikal sejajar dengan falsafah pendidikan negara untuk membentuk induvidu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan yang lebih lua dalam sukan massa dan rekreasi.

  • Menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang terbaik untuk menghasilkan pelajar-atlit yang dapat meningkatkan potensi sukan mereka setinggi yang boleh dengan itu UPM berupaya menjadi sebuah institusi terunggul di kalangan IPTA dan IPTS dalam bidang sukan di Malaysia.

  • Menanam dan mewujudkan nilai-nilai murni dala diri pelajar seperti semangat cintakan universiti, sifat tolenrasi, bekerjasama, integrasi kaum dan hubungan baik di semua peringkat melalui kegiatan sukan yang disediakan.

  • Memberi penghargaan kepada para pelajar yang terlibat secara aktif dalam sukan semasa menuntut di universiti sama ada sebagai atlit, jurulatih, pengurus atau ahli jawatankuasa kelab-kelab sukan berdasarkan pencapaian yang ditetapkan yang mana secara langsung atau tidak langsung telah menaikkan nama universiti.


Hak Cipta 2003 Terpelihara.