KEJOHANAN SUKAN KOLEJ:

Kejohanan ini melibatkan sebayak 22 jenis permainan yang diadakan sepanjang sesi pengajian dengan membahagikan permainan tersebut kepada tiga modul pertandingan. Ahli jawatankuasa kelab-kelab permainan diberi peluang dan tanggungjawab menganjur kejohanan dengan mendapat nasihat teknikal, peralatan dan hadiah kemenangan daripada Pusat Sukan.

KEJOHANAN MERENTAS KAMPUS DAN LARI BERGANTI-GANTI JALAJRAYA:

Kejohanan ini terbuka kepada semua pelajar universiti melalui penyertaan kolegiat masing-masing. Ia merupakan pertandingan pembukaan kepada kejohanan-kejohanan lain yang diadakan pada awal semester setiap sesi pengajian.

KEJOHANAN TREK DAN PADANG:

Kejohanan yang melibatkan 24 acara lelaki dan 24 acara wanita ini memakan masa selama dua hari kejohanan. Penglibatan pelajar-atlit olahraga kebangsaan yang belajar di Universiti Putra Malaysia menyemarakkan lagi kejohanan ini.

KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM):

Ia merupakan kejohanan tahunan bagi menemukan atlit-atlit daripada 12 buah IPTA dan melibatkan 28 jenis permainan. Kejohanan ini merupakan kejohanan yang berprestij yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai gelanggang pemilihan atlit untuk mewakili MASUM ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN dan SUKMA.

KEJOHANAN SUKAN JEMPUTAN DARI LUAR:

Mengambil bahagian dalam pertandingan serta kejohanan jemputan undangan Persatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan Negeri, IPTA serta agensi-agensi kerajaan yang mana mendapat kelulusan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

KEJOHANAN-KEJOHANAN TERBUKA ANTARA KELAB-KELAB SUKAN UNIVERSITI:

Kelab-kelab sukan sendiri menganjurkan kejohanan-kejohanan terbuka dengan mengundang pasukan-pasukan luar untuk mengambil bahagian. Kejohanan tersebut merupakan anjuran bersama kelab-kelab dengan Pusat Sukan.

MAJLIS ANUGERAH SUKAN:

Pusat Sukan menganjurkan Majlis Anugerah Sukan Universiti untuk memberi penganugerahan kepada atlit-atlit universiti yang cemerlang dan menaikkan nama Universiti Putra Malaysia. Majlis ini merupakan majlis berprestij melibatkan Menteri atau orang kenamaan sebagai Tetamu Kehormat dan Tetamu Sukan Negara yang menunjukkan prestasi cemerlang pada ketika itu.

PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN:

1. Kursus, seminar serta bengkel pengurusan dankejurulatihan sukan untuk AJK Kelab dan penggerak sukan kolej.
2. Mengadakan kursus-kursus motivasi untuk atlit-atlit universiti dan AJK kelab.
3. Memperkenalkan sukan-sukan baru yang difikirkan sesuai.

KEJOHANAN SUKAN MALAYSIA (SUKMA), SUKAN UNIVERSITI ASEAN (SUA) DAN KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI DUNIA:

Atlit-atlit univeristi berpeluang untuk menyertai kojohanan di atas berdasarkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan ketika mewakili universiti dalam kejohanan SUKMAS dan kejohanan-kejohanan kebangsaan yang lain.

KEJOHANAN SUKAN STAF UNIVERSITI MALAYSIA:

Pusat Sukan sebagai seketariat sukan staf yang diadakan setiap tahun sebagaimana kejohanan Sukan MASUM.


Hak Cipta 2003 Terpelihara.